Sunday, March 13, 2011

Lawak bodoh Berita Harian masuk CNN

Lawak boleh dikategorikan beberapa jenis. Lebih tepat 3 jenis. 
 
Pertama lawak biasa
Lawak ni adalah segala perbuatan lucu yang dibuat oleh pelaku secara spontan tetapi dia mengambil kira kesan selepasnya.

Kedua lawak cerdik
Lawak ni adalah segala perbuatan, kata-kata lucu yang dibuat oleh pelaku dengan mengambil kira kesan akhir - end produk - adalah untuk memberi kesedaran kepada orang. Biasanya orang yang mendengar lawak cerdik ini gelak kuat-kuat dan kemudian berhenti - berfikir maksud yang tersirat. Cukup hebat bagi yang dapat buat lawak cerdik ni!

Yang terakhir - lawak bodoh
Lawak bodoh ni bermaksud segala perbuatas, kata-kata lucu yang 'sombrono' sahaja dibuat oleh pelaku tanpa langsung memikirkan kesan akhir lawak yang dibuatnya. Nak tengok contoh?



Berita Harian - Kononnya mahu buat lawak, tsunami yang melanda Jepun tidak dapat diselamatkan oleh sesiapa pun termasuklah Ultraman yang turut lari menyelamatkan diri. Tak tahu ke tsunami ni dah meragut beribu nyawa dan beribu lagi masih hilang? Tak timbul rasa sensitif langsung!

Yang paling teruknya - sebab Berita Harian ini merupakan akhbar 'bilangan pembacanya yang ramai' nama Malaysia jadi teruk!




Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor's column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami. 
The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being "inconsiderate and distasteful". Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication's Facebook fan page.
Antara komen yang diterima - Is really sad to see this. Used to be Malaysian. PR in Canada now. At least in Canada, everyone is equal. In Malaysia. You are forever 2nd class citizen if u are born with different skin color, even though you are born here! Will see how they response to the world soon.


Dah jadi, nak buat macam mana.....


Post ni bukan nak mengaibkan Berita Harian, tetapi untuk bagi peringatan kepada kita termasuk saya sendiri supaya berhati-hati dalam memainkan isu sensitif ini. Dah terlajak post memang tak boleh nak undur dah. Walaupun bukan pengarang CNN yang tulis, tetapi benda tu dah ada di website mereka dan sememangnya sudah ramai yang tengok dan bersangka bahawa kita rakyat Malaysia ni 'tak sensitif' besar impaknya tu. Berhati-hatilah ya

pss : Semoga keadaan di negara Jepun kembali pulih seperti sediakala.

0 comments:

Post a Comment