Monday, March 28, 2011

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA...Mashaallah..Nauzubillah min zalik...!

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterin
ya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

Sunday, March 27, 2011

ALL FOOL DAY


Aman: Man, emak kau panggil pulang. Saya nampak ada motor baru depan rumah kau lah. Sapa punya lah    
agaknya ya.

Man: Eh ye ker, bapak aku ada janji dulu lah kalau saya pass exam dia akan beli aku motor. Tapi exam jauh lagi kan. Takpe saya pulang sekarang.

Aman: (dalam hati) hehehe, Hari ni kan 1st April kau tak terfikirker)

Petang itu...

Man: Hei aman kau kurang ajor benor yer! Bukan motor kat depan rumah aku tu. Tapi beskal tua chetti tu. Kau memang nak kene ni. Tub! (penumbuk sampai kat muka Aman)
Aman: Hei hei hei apa ni main touch ni. Awak ni bangal ker aper. Mana ble marah hari ni kan APRIL FOOL.

Man: Oh yer ker. Sori arr. Nah kau tumbuk aku balik.

Mereka berdua pun ketawa hahahaha...

Cerita di atas bukanlah point yang ingin saya kongsikan. Saya cuma ingin mengambarkan kembali begitulah fenomena April Fool tiap kali 1st of April setiap tahun. Ada lagi trick yang lebih dahsyat.

April Fool adalah hari di mana orang akan cuba mengenakan orang lain. Kadang kadang yang dikenakan supporting kadang-kadang jadi perbalahan. Ini tidak lain dan tidak bukan bermula di barat lah sejak berabad dulu. Ia bukanlah perayaan rasmi.

Sejarah April Fool tidak dapat dipastikan bila sebenarnya dan apa mulanya kerana terlalu banyak versi. Anda boleh google sendiri di internet atau wikipedia. Bagaimanapun apa yang berlaku pada April Fool dalam sejarah Islam sepatutnya membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda kerana info yang saya baru dapati seperti berikut. (korang yang rajin baca majalah tentu tau dari mana info ni)

Pada abab ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir.

Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga.

Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada.

Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.

Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan.

Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi.

Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar.

Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.

TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.

Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.


Sunday, March 13, 2011

Lawak bodoh Berita Harian masuk CNN

Lawak boleh dikategorikan beberapa jenis. Lebih tepat 3 jenis. 
 
Pertama lawak biasa
Lawak ni adalah segala perbuatan lucu yang dibuat oleh pelaku secara spontan tetapi dia mengambil kira kesan selepasnya.

Kedua lawak cerdik
Lawak ni adalah segala perbuatan, kata-kata lucu yang dibuat oleh pelaku dengan mengambil kira kesan akhir - end produk - adalah untuk memberi kesedaran kepada orang. Biasanya orang yang mendengar lawak cerdik ini gelak kuat-kuat dan kemudian berhenti - berfikir maksud yang tersirat. Cukup hebat bagi yang dapat buat lawak cerdik ni!

Yang terakhir - lawak bodoh
Lawak bodoh ni bermaksud segala perbuatas, kata-kata lucu yang 'sombrono' sahaja dibuat oleh pelaku tanpa langsung memikirkan kesan akhir lawak yang dibuatnya. Nak tengok contoh?



Berita Harian - Kononnya mahu buat lawak, tsunami yang melanda Jepun tidak dapat diselamatkan oleh sesiapa pun termasuklah Ultraman yang turut lari menyelamatkan diri. Tak tahu ke tsunami ni dah meragut beribu nyawa dan beribu lagi masih hilang? Tak timbul rasa sensitif langsung!

Yang paling teruknya - sebab Berita Harian ini merupakan akhbar 'bilangan pembacanya yang ramai' nama Malaysia jadi teruk!




Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor's column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami. 
The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being "inconsiderate and distasteful". Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication's Facebook fan page.
Antara komen yang diterima - Is really sad to see this. Used to be Malaysian. PR in Canada now. At least in Canada, everyone is equal. In Malaysia. You are forever 2nd class citizen if u are born with different skin color, even though you are born here! Will see how they response to the world soon.


Dah jadi, nak buat macam mana.....


Post ni bukan nak mengaibkan Berita Harian, tetapi untuk bagi peringatan kepada kita termasuk saya sendiri supaya berhati-hati dalam memainkan isu sensitif ini. Dah terlajak post memang tak boleh nak undur dah. Walaupun bukan pengarang CNN yang tulis, tetapi benda tu dah ada di website mereka dan sememangnya sudah ramai yang tengok dan bersangka bahawa kita rakyat Malaysia ni 'tak sensitif' besar impaknya tu. Berhati-hatilah ya

pss : Semoga keadaan di negara Jepun kembali pulih seperti sediakala.

Friday, March 11, 2011

PETANDA DIA ADALAH JODOH KITA



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.




2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.






4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.




5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.






8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.






9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.




10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

KERANA CINTA "AKU" MURTAD

Share dari blog http://tafsir-sipenulis.blogspot.com (
Salam kemanusian sejagat. Previously on Murtad kerana Putus Cinta!, melalui seorang informer, profile facebook budak ni aku jumpa. Nama dia? Sorry, rasanya aku tak perlu maklumkan. Ex-girlfriend dia? No no no.. Tidak boleh dimaklumkan juga. Cukuplah dengan paparan ini sahaja :


[click for enlarge]

Info :
Nama : Tutttt tUtttttt....
Umur : 24 tahun
Jantina : Lelaki
Kepercayaan/ Agama : ATHEIST
Education : Universiti Malaya '10

Lah, jika dia mengaku dia Atheist, apa nak pelik? Silap2 dia bukan Islam? Atau memang ada individu yang sengaja buruk2kan nama baik Islam? Bukan susah nak buat akaun lain. Kemudian, canang seantero alam yang dia dah MURTAD. <--- Ya, aku cuba juga beranggapan demikian. Sabar dulu. Jom kita lihat profile pic beliau :
[click for enlarge]

Gambar beliau, ex beliau, dan rakan2 beliau. Mungkin rakan2 sekampus. Bekas awek dia memakai tudung. Aku yakin dia Islam. Dan aku yakin lelaki ini juga Islam. Apa sebenarnya yang berlaku kepada dia ni?

[click for enlarge]

Kenyataan2 beliau di fb yang menjurus kepada jatuh Syahadah :

1- Roro, betul ke tuhan tu wujud sayang? <-- Roro tu nama manja bekas awek dia

2- Tuhan adalah sesuatu yang tidak wujud..Kewujudan manusia suatu dosa hakiki... <--- Kamu ambil kepercayaan Kristian bukan? Dosa turun temurun. Adam memakan buah quldi, dan dosa2 dihapuskan oleh Yesus yang disalib. Astaghfirullah...

3- Aku ingatkan dah tukar agama ni Jesus leh tolong aku..tp x jugak..betul ke Tuhan tu wujud? <--- Bro, Jesus tu Nabi Isa. Bukan Tuhan. Rajin2 la baca Al-Quran bro. Lihat terjemahan. Cari Ustaz. Tanya persoalan agama. Bukan ikut kepala otak ko je.

4- May Jesus bless u all my friend <--- May Allah Bless U bro..

Agaknya budak ni sakit otak tak? Hurmmm.. boleh jadi... Lihat yang ini pula :

BETUL KE AKU SAKET MENTAL? <--- Ya, ko sakit mental bro. Hati ko sakit. Jiwa ko kosong. Fikiran ko berkecamuk. Sebab tu ko jadi tak waras. Macam orang gila. Untuk ko bro, hayati apa kawan2 ko ni pesan :



[click for enlarge]

PC : salam semua. fyi, i mmg kwn baik die. i harap, jgn buat sebarang andaian kalau xtahu jalan cerita bdk ni dr mula smpai skrg. sesiapa yg nk tahu jalan cerita bdk ni boleh jumpe i secara personal. ceritanya mmg sgt panjang, rumit + diluar jangkaan. ape yg ade dlm fb + utube ni hanya 30% shja drpd keseluruhan kisah hidup die skrg. ape yg i harapkan, harap u all x gembar gembur kan pasal benda ni. mmg nampak serius psal die tukar agama, zina etc tu & mmg itulah senario yg dijadi. pihak U pon dah tahu benda ni, polis juga sentiasa memerhati begitu juga dgn unit kaunseling. bdk ni sudah disahkn psicosis. so, korg berhati2lah dlm mengatakan sesuatu. mungkin korg nmpk benda yg i ckp ni mcm x masuk akal, but, i know this guy very well since last 3 years. so, i harap u all doakan yg terbaik utk die + bagi i, utk berbicara psal die ni dlm fb bukanlah sesuatu yg selamat. byk mata akan memerhati. nk cerita sbenarnya, jumpe i personal. harap sume bole bg kerjasama + plz end this conversation. as i mention before, this is not a game n this is very serious case. tqvm.

MS : Ya..betul...hanya Allah sahaja yang layak MENGHUKUM dan mampu MEMBANTU....tak sanggup akak nak tengok or baca benda ni asy....

TAPI dia tuan punya diri tak payah lah hebah2 kan perkara ni....

semua org ada masalah......ramai lagi org break up....

sedang dlm islam....Kita tak boleh pergi mengintai org sana sini konon nak tau dia zina atau sengaja mengorek keburukkan seseorang (termasuklah ahli politik) untuk tujuan memburukkan org itu...kerana apa yang dibelakang mata kita adalah TUGAS allah swt.

APATAH lagi Bercerita mengenai diri sendiri melakukanya.!
SO...kalo DIA ZINA sekalipun....DIA tak Perlu lah cerita / tunjuk.

Dia membuatkan...org lain seperti kita ni DAPAT DOSA SAMA sebab tak BERTINDAK!!

Kalo ada pegangan agama...InsyaAllah benda mcm ni tak terjadi...
Tuhan jer yang sayang kita setulusnya....manusia mmg akan tinggalkan kita....
kalo dok MAKAN HATI...mestilah JADI GILA....Hukum ALAM....unless he has the psychological issues even before such things that he blames for - But God knows.

And masalah TUKAR AGAMA has nothing to do with PSYCHOSIS Or any PSYCHOLOGICAL OR NEUROLOGICAL ISSUES. Obviously,..IF HE STILL BELIEVE IN ANOTHER GOD- he is normal.

And sorry....Everyone entitled for their opinion...Until I tell mine...No one has proper right to ask me to stop the conversation-and obviously im not even being judgemental...LOGICAL thinking PLEASE.~

PC : asy : aku da remove die dari list aku. coz, pihak U minta aku buat mcm tu. atas alasan, nk jage name. ko byangkan la, bile die post macam2, dlm list aku ade student aku. so nnti mcm2 heboh. thus, die + awek die tu pon mmg kawan2 aku. sume lecturer dah sedia maklum. pihak polis, unit kaunseling sume tahu psal die ni. sbb tu aku nasihatkan u all jgn ckp main suke + buat sebarang spekulasi. sbb, die ni masih dlm pemerhatian polis. lepas ko tag ni pon, pgawai polis yg incharge aku terus call, die tnye adakah aku keep in touch dgn bdk ni dlm mase terdekat ni. this case totally crazy tau. ko mesti x caye bile dgr cerita dari aku. but up to u la asy nk pcaye or x.

hakikatnye, mmg sume org ade hak nk ckp ape2. coz die ni sendiri yg dah dedahkan kt fb ni mcm2. bg kami kawan2 yg memahami, kami smua akan lebih cenderung utk diamkn diri + bg nasihat mne yg termampu. memberi kata2 negative bagi kami bukanlah jalan penyelesaian. nk kutuk maki hamun pon dah xlarat coz byk sgt la yg jadi. sgt2 rumit nk cerita. fyi, die dah disahkan psicosis & bnde pasal nk convert agama ni berlaku slepas mcm2 jadi pada dia. so for me, ape yg die buat ni skrg adalah tindakan org yg x waras. so hope sgt jgn fikir bukan2 utk die. doakan moga die diberi ketenangan + keampunan.
--------------------------------------

Ko nampak tak bro? Ramai yang sayangkan kau.. Tapi kau pilih jalan yang macam ni. Kita lelaki bro. Aku lelaki. Kau lelaki. Come on la. Dah putus, putus la. Cari yang lain. Bukan roro je sorang yang ada kat dunia ni. Kau pun budak pandai. Belajar UM lagi. Siap pernah pergi ke Beijing lagi. Bukan budak2 tak berpelajaran. Kau pandai. Bukan BODOH. Di Europe, hari2 Umat Kristian memeluk agama Islam. Gereja2 dijual, lalu dijadikan Masjid oleh komuniti Muslim di sana. Time Krismas, Gereja kosong. Mereka pun dah jauh dari agama mereka. Yang sedar, terus mengkaji tentang Islam dan convert untuk masuk Islam. Tapi kau terbalik pulak. Di USA, telah diluluskan untuk membina Masjid di Ground Zero (tapak runtuhan WTC), walaupun mendapat tentangan dari pihak yang tidak menyukai agama Allah ini berkembang. Ini tanda2 positif bro. Tanda2 kebangkitan Umat Islam. Islam sudah menjadi agama kedua terbesar di USA dan menjadi agama yang cukup cepat berkembang di Europe. Kau di Malaysia, menguncup pula. Jangan la benak sangat bro. Otak ada Allah bagi, siap di atas kepala lagi. Bukan di kepala lutut. Itu bermaksud suruh ko fikir apa sebab kau dijadikan dan ke mana kau selepas mati nanti. Aku tahu, asal kau dulu ok. Takdek mentalnya, dan kau pun boleh baca dengan baik apa yang aku tulis ni.