Friday, February 11, 2011

Adakah Setiap Pertemuan akan Berakhir dengan Perpisahan?

Apakah makna sebuah pertemuan? 
Adakah menjadi adat setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan? mungkin ada diantara kita akan berkata ya dan mungkin akan berkata tidak masing-masing ada hujahnya yang tersendiri.namun bagi diriku, perpisahan adalah perkara yang paling susah untuk ditelan dan dihadam.. makna dan nilai sebuah persahabatan mungkin jua berbeza-beza antara individu. bagi individu yang menyandarkan persahabatan diatas perkara-perkara seperti harta,rupa,pangkat,dan lain-lain akan merasakan nikmat sebuah pertemuan dan persahabatan tidak ubah seperti menikmati secawan teh. Analogi teh: teh diminum ketika dalam keadaan stress dan tertekan.



Adakah makna persahabatan juga dianalogikan seperti meminum teh?
kita akan bersama sahabat ketika bermuram durja sahaja? jarang sekali kita akan menikmati secawan teh ketika kita bersukaria dan bergembira kan? Sebagai sahabat yang setia seharusnya menjadikan nilai persahabatan seperti menikmati secawan kopi.


secawan kopi diminum sewaktu kita kesejukan,sangat kita memerlukan kehangatan. alaupun secangkir kopi kadang-kadang pahit untuk ditelan, kita akan terus minum juga kerna disebalik kekelatan dan pahitnya kopi itu terselit nikmat dan aroma yang kita tidak peroleh dari minuman lain..dan bagi sesetengah orang kopi menjadi pilihan sama ada ketika bermuram durja atau bergembira..buktinya?
banyaknya kopitiam seperti cendawan tumbuh selepas hujan..


3 comments:

L said...
This comment has been removed by the author.
L said...

pertemuan berpasangan dgn perpisahan..
lumrah kehidupan, apabila bertemu dgn pertemuan, pasti perpisahan akan menanti dihujung..iA

hadi Saaidin said...

hidup kita penuh dengan ujian dan dugaan. xkisah la apa yang kita nak minum @ siapa yang kita berkawan. ikhlaskan niat dihati, percayalah pada qodo' dan qadar Allah. segalanya sudah ditetapkan. Allah maha mengetahui. peace

Post a Comment